Monday, 7 October 2013

Usahawan & Keusahawanan

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera. Saya, Ummi Fatin Bt Fadzlan tuan punya blog ini. Tujuan saya menghasilkan blog ini untuk berkongsi segala mengenai bidang usahawan dan keusahawanan. Pada post yang pertama ini saya akan berkongsi mengenai apa yang dimaksudkan dengan usahawan dan keusahawanan.

Usahawan 

Usahawan adalah perintis (pelopor) kepada kejayaan perniagaan hari ini. Mereka ini mengesan peluang yang ada, membawa kepada pendapat baru (innovate) dan prestasi yang baik menjadi satu piawai di dalam era ‘free enterprise”.


Scaborough dan Zimmerer (1988) mendefinasikan usahawan sebagai:
“Seorang yang mencipta suatu perniagaan baru dan menghadapi suatu keadaan yang tidak pasti demi untuk memperolehi keuntungan dan pertumbuhan (perkembangan) dengan mengenal pasti peluang dan menyediakan sumber untuk mencapainya. Usahawan selalunya bermula hanya dengan idea yang ada dan selalunya idea yang mudah dan menyediakan sumber yang perlu untuk memindahkan idea tersebut kepada perniagaan yang bersesuaian.”

Kuratko dan Hodgetts (2004) mendefinasikan usahawan sebagai:
“Seorang yang berusaha untuk mengatur, mengurus dan mengambil risiko di dalam perniagaan. Usahawan juga adalah pemangkin kepada perubahan ekonomi yang menggunakan carian dengan maksud tertentu, perancangan teliti dan pertimbangan yang sesuai apabila membuat sebarang proses perniagaan. Dengan optimistik dan komited, usahawan bekerja dengan kreatif untuk memperolehi sumber baru dan memperbaharui sumber yang lama kepada kapasiti yang baru, semua ini hanya bertujuan untuk mencipta keuntungan.”

(entrepreneurial = dgn pengusaha, tetapi aku terjemahkan kepada perniagaan)

Hari ini, usahawan adalah seorang invator (penemu cara baru) atau seorang ahli perniagaan yang mencari(mengenal pasti) dan meraih peluang yang ada; menukar peluang tersebut menjadi idea yang dapat dilaksanakan atau dapat dijual; menambah nilai; usaha; duit, kecekapan; mengambil risiko dengan terhadap persaingan di pasaran apabila melaksanakan idea tersebut dan menyedari ganjaran yang akan diperolehi hasil dari usaha tersebut.


Keusahawanan


Menurut Histrich dan Peter (1988), keusahawanan adalah suatu proses dinamik untuk mencipta kekayaan. Kekayaan dicipta oleh individu yang menanggung risiko besar di dalam ‘equity’, masa dan komitmen kerjaya atau menyediakan nilai untuk sesuatu produk atau perkhidmatan. Ia adalah proses mencipta sesuatu yang baru dengan mengambil kira masa dan usaha dengan mengambil kira risiko kewangan, psikologi dan sosial. Dan menerima manfaat dari segi kewangan, kepuasaan peribadi dan kebebasan.

Terdapat empat aspek asas di dalam keusahawanan:
1) 1)Keusahawanan terlibat di dalam mencipta sesuatu proses yang baru. Penciptaan tersebut mestilah mempunyai nilai kepada usahawan dan pasaran dimana proses tersebut dibangunkan.
2) 2)Keusahawanan memerlukan kesetiaan(ketaatan) terhadap masa dan usaha yang dilakukan.
3) 3)Keusahawanan adalah individu yang sanggup menerima berbagai risiko di dalam bidang perniagaan masing-masing terutama dari aspek kewangan, psikologi dan sosial.
4) 4) Keusahawan menerima banyak ganjaran apabila menjadi seorang usahawan. Ganjaran utama adalah kebebasan (independence), diikuti oleh kepuasan peribadi dan seterusnya keuntungan. Pada sesetengah usahawan, duit menunjukkan simbol kejayaan.

Kuratko dan Hodgetts (2004) mendefinasikan keusahawanan sebagai suatu proses inovasi dan penciptaan melalui empat dimensi iaitu individu, organisasi, alam sekitar (environment) dan proses, dengan kerjasama rangkaian di dalam kerajaan, pendidikan dan kelembagaan (institution).

Apa yang dapat saya rumuskan pada post ini, usahawan akan bertindak terhadap peluang yang ada, memulakan perniagaan, mengembang dan mempertahankan daya maju perniagaan yang telah diterokainya.




No comments:

Post a Comment