Jack
Welch, CEO lagenda syarikat gergasi General Electric (GE) tidak
sanggup untuk melihat mana-mana anak syarikatnya berada di kedudukan nombor dua
dalam pasaran. Inilah antara sebab utama mengapa GE merupakan syarikat nombor
satu selama ini.
Semua
orang di dalam dunia ini mempunyai impian dalam hidup. Jika kita bertanya
berapa ramaikah yang mahu menjadi jutawan kepada peserta program keusahawanan,
sudah tentu hampir kesemuanya akan mengangkat tangan. Ini kerana jika ada
peluang untuk merasai kehidupan sebagai jutawan, tiada seorang pun menolaknya.
Mereka
yang tidak berminat untuk menjadi jutawan adalah mereka yang sering berasa
rendah diri serta tidak mempunyai bakat dalam keusahawanan. Seandainya mereka
ini turut diberikan peluang untuk mencapai tahap jutawan, pasti mereka akan
memilihnya!
- Ramai yang mengimpikan untuk tinggal di banglo mewah, belayar di lautan Carribean dan memandu kereta mewah model terkini. Tetapi pada akhirnya berapa ramaikah yang benar-benar berjaya mencapai impian tersebut?
- Mengapa ramai daripada kita apabila mempunyai sesuatu impian, impian tersebut berkubur sebegitu sahaja dan mengapa pula hanya segelintir sahaja yang berjaya untuk menukarkan impian mereka menjadi suatu kenyataan?
Setelah
pakar-pakar dalam bidang sains minda meneliti
dengan lebih mendalam mengenai perkara ini, mereka telah menemukan jawapannya.
Ia sebenarnya berpunca daripada dalam diri kita yang mempunyai ‘Tahap Harapan’
dan ‘Tahap Penerimaan’ dalam minda bawah sedar kita.
‘Tahap Harapan’
vs ‘Tahap Penerimaan’
Katakanlah
anda mempunyai impian untuk mencapai pendapatan RM10,000 sebulan, dan ia
merupakan ‘Tahap Harapan’ anda. Tetapi sebenarnya anda lebih sanggup hidup
dengan pendapatan RM3,000 yang mana ia adalah merupakan ‘Tahap Penerimaan’
anda.
Jadi
walaupun anda mempunyai impian yang besar, anda pasrah dengan pendapatan yang
anda terima. Apabila mendengar orang yang menerima pendapatan RM10,000, anda
dengan pasrah berbisik dalam hati “Ala, dah rezeki dia”. Perkara yang anda inginkan
adalah ‘Tahap Harapan’ dan apa yang sanggup anda terima adalah ‘Tahap
Penerimaan’.
Di antara kedua-dua tahap
tersebut, yang mana satu lebih mudah kita capai?
Jelas
sekali bahawa ianya ialah ‘Tahap Penerimaan’. Pada awalnya anda mungkin
menetapkan matlamat untuk memperolehi RM10 ribu sebulan sebaliknya dalam masa
yang sama anda sanggup untuk menerima RM3,000 sebulan. Pada akhirnya jumlah
yang anda terima hanyalah sebanyak RM3,000 sebulan.
Secara
umumnya, standard yang kita tetapkan dalam hidup ini banyak dipengaruhi oleh
ahli keluarga, rakan-rakan dan orang sekeliling. Kajian menunjukkan bahawa
seseorang biasanya menerima pendapatan kira-kira 10 peratus lebih atau 10
peratus kurang daripada orang yang berada di sekeliling mereka.
Dari
perspektif lain pula kita ambil tentang isu hantaran kahwin yang juga banyak
dipengaruhi oleh standard sekeliling. Di negeri-negeri pantai Barat Malaysia,
hantaran kahwin berjumlah lebih kurang RM10,000 adalah standard, hatta untuk
seorang gadis yang berkelulusan SPM.
Seorang
teman yang saya kenali berasal dari Selangor berkahwin dengan seorang gadis
dengan hantaran RM6,000 telah dicemuh oleh keluarga beliau sendiri. Menurut
keluarga beliau hantaran beliau terlalu rendah dan mereka malu jika dikatakan
tidak berwang. Di kawasan gadis tersebut, nilai hantaran sebegitu adalah biasa.
Persoalannya ialah
bagaimana kita ingin mengubah ‘Tahap Penerimaan’ kita?
Berdasarkan
contoh-contoh di atas anda sudah pun memperolehi jawapannya. Anda hanya perlu
mengubah persekitaran, rakan dan komuniti kita. Untuk berpindah rumah mungkin
satu tindakan yang agak sukar. Apa yang lebih praktikal adalah ubah
persekitaran sosial anda iaitu dengan siapa anda bergaul.
Saya
berikan satu contoh lagi berkaitan diri saya sendiri. Bukanlah niat bercerita
ini untuk mendabik dada kerana ramai yang lebih hebat, tetapi sekadar ingin
berkongsi pengalaman.
Saya
baru lebih kurang setahun sebagai trainer sepenuh masa selepas meletakkan
jawatan sebagai pensyarah dan sebelumnya sebagai guru. Walaupun baru setahun
jagung, saya sudah muncul di majalah, mendapat tawaran muncul di radio dan
televisyen, jemputan daripada organisasi besar seperti Jabatan Perdana Menteri
dan sebagainya.
Kalau
diikutkan standard bidang ini, apa yang saya capai biasanya hanya boleh dicapai
oleh trainer lain yang berkecimpung sekurang-kurangnya 5-6 tahun. Strategi
pencapaian saya adalah kerana saya bergaul dengan trainer yang secara purata
berada dalam bidang ini selama 10 tahun. Saya banyak bertanya, belajar dan
meniru cara mereka.
Sumber : Majalah Niaga
No comments:
Post a Comment